Monday, February 9, 2015

SEJARAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS TAIPING

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taiping diasaskan penubuhannya pada tahun 1973 oleh Cik Cecilia S.P. Pareira. Kelas percantuman ini menjadi sebuah Sekolah Rendah Pendidikan Khas pada 1hb Mei 1988 dan dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan King Edwards ke VII (2) Taiping (Sesi Petang) dengan ditadbirkan oleh seorang Guru Besar dengan seorang pembantu Tadbir.

Pada 2hb Disember 1991 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Taiping telah berpindah ke bangunan yang diurus sendiri (bangunan pejabat lama Jabatan Audit sekolah). Bangunan yang terletak di bahagian belakang Sekolah Kebangsaan Taiping
Bermula tahun 2002, Sekolah ini telah diberi tanggungjawab sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengurusan pentadbiran diurus terus di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Khas

PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

1. Apa itu Pendidikan Khas?
Perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.

2. Berapakah tempoh belajar bagi murid-murid pendidikan khas?• Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah rendah adalah enam (6) tahun. 
• Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah menengah adalah lima (5) tahun. 
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah mengikut keperluan murid berkenaan (Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2002)

3. Apakah kurikulum yang diguna pakai di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi?Kurikulum yang digunakan di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid, dan kurikulum alternatif.
• Kurikulum alternatif yang digunakan bagi murid-murid pendidikan khas adalah:
• Kurikulum latihan industri yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) 
• Kurikulum yang dibina khusus oleh Jabatan Pendidikan Khas. 
(Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004)

4. Apakah kurikulum yang diguna pakai di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi?• Kurikulum yang digunakan di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid, dan kurikulum alternatif. 
• Kurikulum alternatif yang digunakan bagi murid-murid pendidikan khas adalah:
• Kurikulum latihan industri yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) 
• Kurikulum yang dibina khusus oleh Jabatan Pendidikan Khas. 
(Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004)

5. Apa itu Sekolah Khas?
Sekolah yang menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada murid-murid bermasalah pendengaran dan penglihatan.

6. Apa yang dimaksudkan dengan Program Pendidikan Khas Integrasi
Program yang disediakan bagi murid-murid pendidikan khas di sekolah-sekolah biasa.

7. Apa yang dimaksudkan dengan Program Inklusif?
Pendekatan pendidikan di mana murid-murid pendidikan khas dan biasa belajar bersama di dalam satu kelas dan diajar oleh guru kelas biasa.

8. Apa yang dimaksudkan dengan Program Bermasalah Pembelajaran Spesifik?
Kanak-kanak yang menghadapi kesukaran belajar khusus.

9. Siapakah yang dimaksudkan murid-murid berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran?a. Sindrom Down 
b. Autisme
c. Palsi Serebral
d. Hiperaktif
e. Hipoaktif
f. Tumpuan Perhatian Singkat (ADD/ADHD)
g. Kerencatan Akal
h. Masalah Emosi/Tingkah Laku
i. Masalah Komunikasi
j. Kerencatan Anggota
k. Pintar Cerdas/ Berbakat
l. Epilepsi
m. Disleksia
n. Murid-murid Yang Mempunyai Keupayaan Mental Yang Rendah